1. Dalam perancangan untuk siapkan manuskrip cerita yang aku kira, agak serius, tapi kudrat aku kadang-kadang melengahkan kerja. Mungkin aku tak cukup manifesto yang meyakinkan dan manifesto terakhir yang aku baca ialah dari Paul Auster bahawa bila kita menulis, ia adalah kerana kita perlu dan kita tiada pilihan. Orang tak peduli apa kita tulis kalau terus disimpan dalam kocek sampai kertas yang dari putih warnanya kini comot dicalit ketidakpedulian.
2. Adakala kita bersedih sebab tiada sebab. Kita bukan badut yang setiap masa memuja syaitan dan seru nama ahli komedi. Kita cuma manusia yang emosinya adalah lembaian kertas yang tak tau ke mana pergi bila dibedil angin. Kita terlalu melankoli sebab melankoli itulah teman terbaik kita. Orang lain tak (dan takmahu) faham sebab masing-masing sibuk dengan kertas masing-masing.
3. Di awal April, aku masih menggulung sajak-sajak Hue untuk disedut. Tapi rokok takkan ternyala tanpa api. (Lighter yang menyalakan telah aku pulangkan pada pemiliknya).
0 comment(s):
Post a Comment