"Somebody could have shown
you the place you wanted."
Arctic Monkeys
1. Mula dari 3 April sampai 5 April lepas, aku habiskan masa dekat Kem Merang untuk kerjakan hal program dengan SK Maras. Alhamdulillah kerana program itu berjalan dengan baik dan sisi professional aku terselah untuk bezakan antara kerja dan peribadi. Jika kawalan cara atur program itu adalah komedi, ada satu lagi kisah sampingan yang aku kira sebagai tragedi.
2. Minta maaf Merang kerana dengar aku menangis. Dari tengah malam gelita, aku terkurung dalam kemah sendiri kesat air mata, sampailah pagi sebelum Subuh aku kaku bawah wakaf berselimutkan tuala mandi. Cuma aku risau betapa sunyinya Merang waktu itu takut esak aku terdengar jelas.
3. Tak siapa minta untuk rasa sedih. Tapi dalam hal aku, sedih itu adalah pilihan dan permintaannya sama seperti meminta morphine. Aku tak perlukan heroin untuk teriak gembira kerana gembira itu juga pilihan, bukan suatu kemestian.
4. Tragedi Merang mengajar aku untuk terus bersedih kerana itulah teman terbaik yang aku ada. Aku tak pernah lihat rasa sedih itu membunuh. Itulah rasa yang terikhlas dan untuk membuangnya adalah satu dosa dan perbuatan yang hina.
0 comment(s):
Post a Comment