Grande / Magnus

"I go missing,
no longer exist.
One day, I hope,
I'm someone you'd miss."
- Queen of The Stone Age

1. Jadi penghujung cuti tiga bulan mula melambai-lambai sambil memegang sabit panjang di tangan kiri, bersedia untuk pulangkan kedukaan yang ditinggal lama. Sama macam tahun lepas, aku tak ada lagi semangat untuk mengadap sem baru. Untung untuk kawan-kawan aku yang akan mulakan tahun akhir bulan September ni. And aku kena mengadap Unissa lagi dua tahun. Mengadap orang yang buat aku sakit, terbuang and asing.

2. Kadang-kadang, aku cuma harapkan satu saja benda - twist. Macam plot twist dalam filem yang semuanya pada awal tak masuk akal hinggalah 30 ke 15 minit terakhir filem kau belajar ada sesuatu yang simpulkan segala macam premis yang kau reka dalam minda. Itu. Aku sedang tunggu 4 tahun ini untuk cari sesuatu yang grande and magnus. Atau paling kurang pun, munculkan lah twist tu dua tahun lebih awal.

3. Aku penat sebenarnya. Penat dengan ramai orang.




2 comment(s):

She Who-Must-Not-Be-Name said...

aku pun tengah menunggu plot twist aku. penat bila kat sana tak ada orang yang betul betul faham isi hati kau. mungkin kita perlu lebih bersabar.

fthlnzm said...

yes. dah la kos kita ni lagi dua tahun -.-