Kisah Qarin dan Bihah

Maka tersebutlah kisah dua orang manusia yang sememangnya terlalu rapat. Mari kita berikan nama kepada kedua-dua insan tersebut. Yang laki-laki kita namakan dia sebagai Qarin. Manakala seorang lagi insan yakni perempuan kita namakan Bihah. Qarin dan Bihah. Yeah. Sempurna.

Bagi yang tertanya, mereka berdua bukanlah pasangan kekasih atau apa. Cuma dua orang sahabat yang saling bertukar pendapat, berdebat, dan berkongsi cerita. Adapun kisah mereka ini tidaklah terlalu kompleks. Namun cukuplah untuk diringkaskan pada bahagian-bahagian yang tertentu.

Ianya bermula pada sebuah petang 1 September. Pada hari itu merupakan ulang tahun kelahiran Bihah yang ke 19. Qarin berjanji untuk memberikannya hadiah. Tetapi dengan satu syarat. Kedua-dua mereka mestilah berhenti berhubungan dan bertemu sehinggalah takdir itu sendiri mempertemukan mereka berdua. Bihah bersetuju dan yakin bahawa mereka berdua akan berjumpa semula.

Dan mereka berdua berpisah. 5 tahun. Bihah melanjutkan pelajaran dalam bidang arkitektur. Manakala Qarin...jap.. Dia..okay. Dia kini major dalam bidang kewartawanan. Sepanjang tempoh itu, mereka berdua tidak lansung bertemu, mahupun berhubungan. Bihah tidak tahu apa perkembangan Qarin dan begitu juga sebaliknya.

Tahun keenam. Sewaktu Bihah membaca surat khabar, tertera nama Qarin pada ruangan sebuah kolum. Dia berasa lega kerana Qarin masih lagi hidup. Tahun ketujuh, sebuah buku antologi cerpen telah dikeluarkan dan ditulis oleh Qarin, bertajuk 'Kisah Pemuda Berbaju Hitam dan Cerita-cerita Pendek'. Ianya ditulis untuk Bihah pada muka hadapan. Qarin mula terkenal. Namun, wajahnya tidak pernah terpapar di dalam mana-mana media.

Tahun kelapan, Qarin terus menulis di akhbar tempatan. Bihah mengikuti setiap jejak itu dan dia percaya dia semakin hampir dengan Qarin. Hinggalah pada tahun kesembilan, jejak terakhir yang mendekatkan dia dengan penulis muda itu di mana pada tahun itu, Qarin menjadi pensyarah di universiti tempat adiknya belajar. Dan kebetulan juga, Qarin mengajar kelas adik si gadis Bihah tersebut.

Petang 1 September, sembilan tahun selepas kali terakhir bertemu. Bihah mengetuk pintu pejabat Qarin. Betapa terkejutnya dia bahawa di hadapannya, lelaki yang sama-sama pernah berkongsi cerita, dan bertelegah suatu ketika dahulu. Kedua-dua insan itu berpandangan dan tersenyum.

Qarin : Bihah. Happy birthday! Eh.. Kau.. dah kahwin?
Bihah : Q..Qarin.
Qarin : Kau dah kahwin ke belum?
Bihah : Kenapa kau cakap macam tu?
Qarin : Cincin tu.
Bihah : Kau tak berubah kan? Pelupa. Ini cincin yang kau bagi tu lah.
Qarin : Oh..ea? Hampir sedekad. Aku lupa. Dan agak lama lah aku tunggu kau cari aku, tahu?
Bihah : So what? Aku memang yakin kita akan berjumpa balik.
Qarin : Oh..bagus.
Ada watak budak kecil tiba-tiba datang jenguk dari tingkap pejabat Qarin : Papa!
Qarin : Hey, Iskandar. Sini. Kenalkan, ni mak cik Bihah.
Bihah : ... K..Kau dah kahwin? Ni anak kau?
Qarin : Ya. Dia datang dengan bini aku untuk jemput aku.
Bihah : Tapi....


"Tapi..aku tunggu kau juga, Qarin. Aku pernah tunggu kau."

Sebak. Dan begitulah kisah tersebut tamat. Tiada diduga oleh Bihah akan Qarin itu sudah berpunya. Dan pengakhirannya kini...



belum tamat.

Qarin : Relakslah. Ni bukan anak aku. Ini anak buah. Aku yang suruh dia panggil aku 'Papa'. Maklumlah. Dah tua, and teringin nak ada anak. Hahaha.
Bihah : K..Kau ni..Kau jangan main-main.
Qarin : Aku tinggal dengan kakak aku lah, Bi. Dia yang jemput aku tiap-tiap hari. Oh, by the way, free tak? Jom lepak kat kopitiam? Is, bagitau mama, papa balik dengan makwe papa. Nak celebrate birthday beliau. Dah, shuuhhh.
Bihah : Oi. Sejak bila aku..
Qarin : Sejak kau pakai cincin tu.


Maka, berkahwinlah kedua-dua insan tersebut. Dan kisah ini pun tamat dengan lengkapnya. Begitulah kisah tentang takdir dan kebetulan. Bagaimana perkara-perkara dari silam tercetus dengan sendirinya menjadikan ia masuk akal pada akhirnya. Bagaimana perpisah itu hanya plot pembuka yang menemukan semula pertemuan. Inversi. Setiap perpisahan, pasti ada pertemuan.


*Selamat menyambung pelajaran bagi kawan-kawan Asasi TESL 2012/2013, kawan-kawan Seri Mahkota, dan segala kawan-kawan yang bakal mengambil Ijazah Pertama. Good luck! Moga bertemu lagi. :')

11 comment(s):

Asphodel Walnut said...

Penulis untuk ruangan kolum. Macam kenal ayat itu

Fatahul Nizam said...

someone in a parallel universe, perhaps? lol

izzah said...

ceh.. baru nak sedih2.. rupanya belum habis.. btw.. good luck fatahul.. :)

Anonymous said...

i seriously love this simple story.

Fatahul Nizam said...

izzah : heh. nampak tak permainan dia? good luck jugak :)


syah : aku plan nak sambung kisah le flora guna cerita ni. tapi aku rasa dah boleh berhenti kot pasal le flora. zzz

Afiqah / Cha'a said...

hopes are burning in here. though, in most rare cases. but yes, takdir dan kebetulan is most powerful. nice story ya got here :)

Anonymous said...

Kita asasi 2011/2012 lah.ke ini utk junior?hehe

Fatahul Nizam said...

eh eh..salah tulis. lol. 2011/2012 sebenarnya. =.=

anippaiq said...

dis iz gud, u shd write more

Anonymous said...

ini sangat comel! :3

lovely_bihah said...

👍👍👍👍 I like your story....don't forget to view my blog I have publish one story...(6bihah.blogspot.com)..