Belon

"I can't kick your habit
just to feed your fast ballooning head."
-Radiohead

1. Menulis ini saat mendengar lagu Lotus Flower oleh Radiohead sambil otak aku mula berasa mual dengan sikap sesetengah kita pelajar universiti yang nature-nya dulu dari sekolah menengah dengan jumud tak tentu hala.

2. Ada satu kisah dari kawan aku tentang housemate dia yang sarcastically sengaja mocking dia sebab ambil kos bahasa inggeris (in this case, aku turut terasa since aku pelajar bahasa inggeris). Benda ni aku lalui sejak masa Asasi dulu. Iaitu tabiat memaki kos lain.

3. Contoh, student akaun perlekehkan student hotel. Student engineering maki pula student sastera. Dan kitaran tak guna ni berterusan sampailah satu taraf itu, mempersoalkan dan mempertikaikan kenapa seseorang pelajar itu ambil kos yang dia minat atau join. Man, what's wrong with all of us?

4. Tak salah untuk kita bangga dengan ilmu yang kita pelajari. Tapi, untuk memperlekehkan ilmu halal yang diterima oleh orang lain, penat lelah keluarga yang menyokong dia, dan soal rezeki Tuhan pada seseorang hamba dalam menuntut ilmu, menandakan jumudnya kita sampai tak layak untuk digelar pelajar universiti. Kita cuma orang jakun berperangai cabul yang berlagak punyai ilmu.

0 comment(s):