Tersebutlah satu kisah sedih yang menyentuh hati semua. Kisah yang memberitahu betapa terasing itu satu takdir yang biasa dalam hidup manusia. Dan kisah ini tidaklah diceritakan olehku melainkan aku berasa perlu sedangkan diriku sedang mengalami kesakitan.
Ianya adalah tentang aku, seorang pemuda bernama W. Menghabiskan hari-hari terakhir di sekolah dengan berpuisi di sisi pohon rendang. Mengharapkan teman baikku, Daffodil berada di balik pohon menyahut alunan puisi indah. Dan puisi itu dilepaskan pergi tanpa sambutan darinya. Dia tiada.
Betapa dahulu, kami sentiasa bersama-sama. Bercerita tentang purnama yang putihnya seputih kulit Daffodil, atau melihat bintang di langit yang cahayanya seterang alam, atau membalut luka di hatinya yang tercalar angkara disakiti kekasihnya, EM.
Pada setiap kali tubuhnya disiksa EM, aku mendengar sepenuh hati. Membela dirinya yang lemah. Mencerca nyawa EM yang angkuh. Meletakkan diriku di antara kedua-duanya. Namun, setiap kali senyuman diukir EM, tercampak aku jauh dari ruang suaranya. Jika selama ini bisiknya ku hidu wangi, kini jeritannya belum tentu pasti. Perginya dia menghala ke arah kebahagiaan dirinya, membunuh aku dalam keseorangan.
Tapi, tidak pernah kukhabarkan padanya.
Kerana setiap kali dia sakit atau terus sakit, aku masih berada di tempat yang sama. Berpaut pada janji. Membalut luka pada tempat yang sama biarpun peluh di dahiku mengalir lebih deras dari air matanya. Hingga luka di hatinya menjadi luka pada kakiku yang berdiri.
Namun, jauh sekali untuk aku khabarkan padanya. Aku diam.
Dan pada hari ini, aku sedang berdiri. Melihat teman-teman lain sedang bergembira dan bernyanyi lagu riang. Mengucapkan selamat tinggal sesama mereka. Di sisi pohon yang sama, aku memerhati mereka. Sedangkan akulah yang paling cerah pakaiannya di antara semua, sedang menanti Daffodil.
Hinggalah mata ku tertangkap pada kuntuman bunga yang terselit di telinganya sambil tangannya berpaut pada lengan EM. Aku senyum biarpun hatiku berdentum.
Kau gembira.
Dan aku seperti biasa. Menanti tanpa leka. Tiada jemu semestinya.
Dari jauh, aku lihat ayu wajahmu. Tidak terlupa degupan jantungmu.
Berdegup laju meninggalkan aku. Deras laju suara nafasmu.
Menjerit kuat menenggelamkan aku.
Aku masih di sini.
Memberi reaksi pada setiap langkahmu.
Hinggalah mata kita bertemu, berlalu pergi dan lambaianmu
menjawab segala keraguanku.
Betapa aku musnah
dihenyuk pilu.
Itulah kamu dengan 'kebahagian'mu.
3 comment(s):
Dafodil.
Dalam cerita aku dia seorang watak yang kasar.
Aku suka nama Dafodil tu.
yap. Dafodil atau Narcissus tu melambangkan
Narcissism. sebab tu aku ambik nama bunga tu.
Dafodil. Bunga yang melambangkan keremajaan dan kelembutan. Ironinya, watak dia sedikit kasar. Jujur, watak Dafodil dalam cerita aku sangat dekat dengan aku. Dia merupakan secebis pigmen dari masa silam yang gelap.
Dalam cerita kau, dia adalah si heart-breaker. Dan Dafodil aku pun kongsi perwatakan yang sama.
Kau buat aku rasa nak menulis, Fatah.
Post a Comment