Submarine (2010)

"Jordana hates any place that could be termed romantic. 
With this in mind, I took her to one of my favourite 
industrial estates, for some quality one-on-one time."
- Oliver Tate.

1. Submarine (2010). Filem British yang diarahkan Richard Ayoade berdasarkan novel yang sama oleh Joe Dunthorne. Sepuluh minit pertama filem ni mengingatkan aku pada sebuah filem Perancis, Le Fabuleux Destin d'Amelie Pouline (2001) yang mana kedua-dua bersifatkan naratif dan bernaung di bawah genre yang sama - romantic-comedy drama. Tapi, dalam kes Submarine, ia lebih kepada 'coming-of-age comedy' iaitu komedi yang bersifat fasa dari remaja ke dewasa. 

http://judgebyitscover.files.wordpress.com/2011/02/submarine-poster-large1.jpg

2. Secara asas, filem ini mengenai watak utama, Oliver Tate yang boleh dikonklusikan pada satu quote dari watak Oliver sendiri, "during this brief hiatus, i can help save my parents' marriage and then resume my duties as the best boyfriend in this world." Oliver ialah seorang watak (pelajar sekolah berumur 15 tahun) yang hampir paranoid, separuh wallflower, separuh social awkward, dan separuh pasif tapi pandai. Kalau dekat Malaysia, watak macam ni (wujud di sekolah) dah tentu jadi mangsa buli atau end-up kena pulau satu sekolah.

3. Tapi Oliver tak. Dia jatuh cinta pada girl-in-red yang bernama Jordana Bevan. Jordana boleh dikategorikan sebagai budak bermasalah dan first impression aku bila nampak watak ni ialah, "this girl is gonna dump that poor roody-poo Oliver." Tapi filem ni tepat dan berjaya bunuh cliche. First impression aku musnah apabila Jordana ni diceritakan sebagai mewakili gadis-gadis di luar sana yang memiliki masalah mereka tersendiri (keluarga, cinta dan pelajaran).


4. Then, ada watak ibu bapa Oliver, Jill Tate dan Lloyd Tate. Sebagai seorang pelajar yang pasif, mungkin kita boleh teka watak ibu bapa Oliver. Mr dan Mrs Tate memiliki masalah keluarga dan menurut Oliver (yang mana berpunca dia sebagai seorang narator, dia boleh dikategorikan sebagai 'unreliable narrator'), konflik ini bermula oleh seorang watak bernama Graham Purvis yang merupakan ex-boyfriend Mrs Tate.

5. Submarine ialah sebuah filem yang memiliki nilai estetika yang tersendiri dan pengalaman menonton filem ni yang dihidupkan dengan lagu-lagu oleh Alex Turner membawa kepada pengakhiran yang cantik dan kemas. Dan aku sangat tertarik dengan the way Oliver and Jordana spend masa sama-sama (sebab, to be true, that's how I imagine a date would be. lul).


3 comment(s):

Afiqah Ashari said...

i love this movie very very very much.
-end of comment-

fthlnzm said...

you've watched it? that's great! never thought that anyone would watch this movie. :D

Afiqah Ashari said...

sure! :D

well, of course thanks to alex turner for singing all of the songs kan. but then, i just love the rants of oliver. and then, it's the movie as a whole.