Fasis

"Just because you're paranoid, 
don't mean they're not after you"
- Nirvana

1. Aku bukan ahli fasis. Aku sendiri jauhkan diri aku dari golongan fasis agama. Dengar boleh, percaya boleh, tapi ikut, tidak. Kalau diorang berhak tuduh aku orang 'terpesong', kenapa tidak aku declare diorang sebab ahli fasis yang mengamalkan apartheid. Yang merendahkan orang yang tak 'seiman' dengan dorang.

2. Aku mengaku aku bukan bakal 'imam' yang para perempuan tweet mengila-ngila. Takda ciri-ciri pun. Aku cuma pendengar Kurt Cobain dan pembaca Noam Chomsky. Jauh sekali, aku mengaku, untuk layan UNIC mahupun Maher Zain. Satu dua lagu yang accidentally muncul dalam radio, aku dengarlah. But not my cup of tea. Sebab aku tahu, aku akan ada dalam list reject. Why? Sebab apartheid.

3. Aku tahu. Semua orang peluk ahli agama. Dan sekiranya aku bukan pemeluk diorang, adakah aku dikira 'golongan kiri'? Golongan yang layak dipulau or whatever? Aku peluk ilmu. Bukan diorang. Sebab tu aku tak suka label.

599156_343494729101781_77435436_n_large

4. Tahu apa benda yang aku benci dengan orang-orang fasis agama ni? Paranoia dan suka letakkan orang lain dalam paranoia. Matlamat diorang adalah dekatkan diri dengan Tuhan secara mutlak. Sehinggakan hal-hal dunia tak perlu diambil tahu dan dianggap sia-sia. Why? Sebab bagi diorang benda tu tak membantu.

5. And diorang pun mula bina tembok. Tembok yang ibarat Berlin Wall. Pisahkan orang lain yang tak sehaluan dengan diorang. Dan tembok tu sendiri dibina dengan niat untuk takut-takutkan orang yang berbeza ni. Bila para berbeza ni jatuh, lemah, dihina, diorang si fasis ni muncul dan mahu diangkat sebagai orang yang darjatnya tinggi. Sadis.

6. Mujur. Masih ada golongan yang beragama dan waras lagi neutral. Tak taksub. Memahami orang lain. Malah, tak lansung merendahkan martabat orang yang tak setaraf dengan diorang sebab diorang tahu, kita semua sama. Diorang bertindak sebagai manusia biasa yang memberi dan menerima. Tapi tak ego dengan meminta-meminta.

0 comment(s):