Bedak Pada Akal

"I finally realized it
that I am truly alone."
Tokyo Jihen

1. George Orwell pernah berpesan, satu-satunya cara untuk mengenali diri sendiri adalah dengan terus menyendiri. Terus menyendiri dan berpura-pura rasa kesunyian. Itulah yang aku lakukan selama ni. Aku tahu yang aku bukanlah orang yang baik dan persepsi orang lain terhadap aku selalunya salah. Salah sampaikan aku rasa aku hidup dalam delusional yang manipulatif dan mengganggu. Aku rasa bersalah sebab aku sedang selesa dengan persepsi yang sekian ada.

2. Aku pernah habiskan masa satu hari dengan duduk dalam bilik, tanpa memaksa rasa janggal aku berbual dengan orang atau memaksa suara keldai ni berkata-kata. Habiskan masa dengan membaca Faisal Tehrani dan John Green sambil suara Tom Waits dan Kurt Cobain menjadi latar. Aroma kopi Old Town yang sementara bersifat persuasif meletakkan aku dalam ruang khayal yang tak berkesudahan tanpa ada konflik dan ketakutan dengan dunia luar - dunia yang tegak angkara sombong lelaki dan ultra-feminis perempuan.

3. Jadi aku terus menyendiri. Tanpa perlu bercerita pada orang lain yang aku adalah masalah, dan ketenangan dari mereka adalah solusi. Aku rasa, ada dua perkara yang boleh buat aku gembira dan aku tak tahu yang mana satu palsu yang mana benar - 1) terus sembunyikan rasa sunyi, 2) terus bersosial dan ketawa depan orang lain.

2 comment(s):

aku said...

setiap manusia ada perangai masing-masing yang tak ramai orang sedar.

jangan terlalu menyendiri. kau tau aku dulu macam mana bila sendiri sangat.

imbangkan hidup kau sebab kau punya takdir yang hebat di sana, kawan.

fthlnzm said...

hasil penilitian secara self-awareness,
aku tak jumpa definisi tepat untuk
aku punya 'menyendiri'.

jadi, ia masih subjektif dan
berbeza dengan cara orang lain
anggap.

dengan keseimbanganlah aku
letakkan diri aku dalam ruang ni.
terlalu terdedah buatkan aku sedih
dan jengkel.

so, aku pilih untuk diamkan apa
yang orang lain perlu tahu.
yang tak perlu tahu, dah lama aku
lenyapkan dari pandangan orang.