1. Masa aku kecik-kecik, mak aku selalu pesan, "jangan panggil orang lain jahat." No matter what, sekalipun mata kepala membenarkan, akal kata tak. Jangan tuduh orang lain jahat. Jangan sama sekali lemparkan dari mulut yang seseorang itu adalah 'jahat'. Sepanjang aku membesar, aku mula faham dengan quote tu. Bukan saja bermaksud jangan label orang sesuka hati, malah jangan bersikap judgmental.
2. Dan bila aku study komunikasi, aku sedar yang dunia kita dibahagikan kepada dua culture iaitu bersifat individual dan bersifat kolektif. Malaysia, kita bersifat kolektif. Amerika, bersifat individual. Apa bezanya? Contoh, orang Amerika dikira individual sebab diorang terlalu menyokong Human Rights yang mana seorang manusia itu adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pegangan mahupun label. Dia berhak memilih apa yang dia mahu. Dan para individualis ini sangat setuju bahawa manusia perlu dilihat secara individu, dan bukan secara label. Kalau seorang kulit hitam lahir dan membesar dalam masyarakat yang mengamalkan bisnes professional, dia tidak patut dijadikan bahan stereotype black people.
3. Tapi di Malaysia tak. Terutamanya kita yang majoriti. Kita Muslim, kita Melayu. Apabila seseorang itu lahir dalam komuniti Melayu dan Islam di Malaysia, hak individunya disekat. Tanpa memikirkan konflik yang barangkali seorang pemuda lalui, kita bunuh dia dengan sikap judgmental bahawa 'culture' kita melarang itu ini wtf. Contoh paling mudah, para gadis yang free hair. Ya, kita mudah untuk berhujah yang memelihara aurat itu adalah satu kewajipan. Tapi kita kolektifis. Orang yang free hair ni, martabatnya rendah sebab kita dah pun label dia sebagai muslimah yang tak mengikut ajaran Islam secara total.
4. Lebih sadis, bila kita tak akui hak dia sebagai individu yang memiliki perasan dan konflik dalaman. Tragedi di sebalik 'free hair' dia, dan kesukaran dia untuk berhadapan dengan masyarakat. Kita butakan mata taknak tengok apa yang dia alami. Yang penting, depan mata kita, dia salah, jadi apa sahaja yang menjadi punca pada kesalahan itu adalah tidak valid. Sangat tragis bila dia hadapi kesukaran untuk berubah disebab caci maki orang, lalu dia bunuh diri. Tapi kita tak bersalah sebab kita kolektifis. Perempuan tu muslimah, jadi bila dia bunuh diri, kita label dia sebagai 'bodoh' tanpa rasa empati tentang penat lelah dia bermatian untuk jadi apa yang masyarakat mahu dia jadi. Waktu hidup, kita tikam dia. Dia dah mati pun, kita tikam dia.
5. Inilah bahayanya sikap menghakimi dan mengadili. Dalam semua hal, orang majoriti ini sentiasa 'betul'. Rasa bangga sebab kita 'dah dapat tempat di syurga' menjadikan kita ego, sombong, dan tersangatlah puaka. Berhujah bagai nak rak, tapi untuk membantu takda niat lansung. Mana taknya, syurga tu milik 'majoriti'.
0 comment(s):
Post a Comment