Seorang Macai Nirvana

"Slippery pessimist hypocrite master,
conservative communist apocalyptic bastard.
Thank you dear God for putting me on this earth.
I feel very privileged in debt for my thirst"
- Nirvana 

1. 050513. Tarikh penentuan untuk masa depan sebuah Babylon. GE semakin dekat, and some of us mula jadi pengkaji dan penganalisis politik yang handal dan berkaliber. Samalah macam abang-kakak yang bermamak di kedai menonton bola, sempat mengkritik hal-hal bola baik luar atau tempatan, begitulah juga halnya dengan politik. Non-politicians yang keramaiannya memiliki pemikiran jauh lagi tajam akal dia dari para politikus. Tapi tak apa, kalian yang pilih untuk berhujah tentang politik dan kepartian yang melampau kalian. Aku, pilih untuk bercakap tentang benda yang perlu ditimbang akal.

2. Kita tahu korupsi sedang berlaku. Kita tahu kita perlu berubah. Tapi ubah adalah dengan undi. Kalau dengan undi, kenapa perlu para politikus berhujah dan bercakap depan keramaian? Kerana kuasa bahasa. Atau lebih gerun lagi, 'the power of persuasive language'. Cakaplah apa pun tentang media kerana media, tetap bersifat bias bergantung pada siapa yang mengawalnya. Baik mainstream, atau non-mainstream, media pasti ada orang yang kawal.

3. Satu sikap yang aku kurang minat ialah bila para penyokong dan pengkritik politik ini mengkritik orang yang tidak mengambil endah hal politik. Mari kita berbalik pada dua perkara asas dalam hal prejudis tersebut; 1) setiap manusia memiliki pandangan (point of view - pendapat dan cara melihat) yang berbeza pada sesuatu perkara; 2) dan mereka adalah rakyat Malaysia. "The way you see politic is different from the way I see it." And untuk mengatakan yang aku salah tengok, itu adalah tak betul. Apa yang aku lihat dipengaruhi oleh apa yang aku baca, dengar dan faham. Malah, ada sesetengah rakyat Malaysia yang diam ini jauh lebih luas pandangannya terhadap politik berbanding yang buka mulut. 

75857574944250093_9pizvcxs_c_large

4. Kita perlukan demokrasi matang dan adakah Malaysia sedang mengamalkan demokrasi matang bila mana para middle-class people yang kuasai parlimen, para penyokong taksub dengan label partisan masing-masing dan fitnah, korupsi, kroni and ludah sedang bertaburan? Cukuplah dengan kita dengar hujah, dan jalankan tanggungjawab berdasarkan rasionaliti hasil pertimbangan akal yang telus dengan keluar mengundi. Terkadangkala, kita sanggup maki orang yang berilmu, dan sanggup pula merendah-rendahkan martabat orang lain. Lebih teruk bila kita jadikan isu agama sebagai senjata politik daripada duduk berbincang mengikut protokol perbincangan agama. Ada pula hal kaum lain yang kita perlekehkan dalam masjid dan surau kononnya kaum lain tak tahu yang diorang dihina.

5. Aku pernah jumpa komen di facebook yang mengajak perpaduan ummah and kaum. Apa yang aku lihat, orang orang macam ni selalu dibalun dengan caci maki. And jangan nanti, kau claim yang orang-orang ni buta sedangkan cara kalian lihat and faham pemikiran dia sendiri dah berbeza. Dalam hal sosial, kau akan jadi jaguh bergantung pada majoriti. Jika majoriti kawan kau kebanyakkannya pro-J, kau berani mencarut pro-W. Samalah juga pada situasi lain. There's no such thing as 'undi adalah rahsia' lagi.

6. Inilah sebab kenapa aku tak suka label. Aku hidup tanpa label so that aku tak perlu taksub dengan apa yang perlu diperjuangkan. Label lah aku sebagai manusia yang tak peduli hal agama dan bangsa. Termasuk juga hal negara. Sedangkan solat aku pun ada yang longgar, bacaan quran pun banyak yang salah. Lagi baik aku sibukkan diri aku dengan cari ilmu biarpun di bawah pohon dengan sepapan kayu dan kapur daripada mati dalam sikap judgmental kalian yang berbau hanyir.

2 comment(s):

Anonymous said...

assalamualaikum...
dari pandangan aq.. politik sekarang kadang2 buat orang tak/kurang berilmu menjatuh kan orang yang berilmu.. masing2 bercakap kerana taksub..tapi agak kesal lah bila saling menjatuh kan..

-shinichi kudo-

fthlnzm said...

there's no fair in love and war. macam tu jugak politics.