Misogini

"Lelaki, sambutkan hormatku dari seluruh perempuan.
Moga nanti datang hari untuk kau betul-betul dihargakan
jatuh bangunmu, gagah lemahmu, tidur bangkitmu,
tumbuh patahmu, setiapnya kerana perempuan."
- Fynn Jamal

1. Aku larut dalam kata-kata ni sejak 2010. Aku tak tahu kehidupan lelaki lain macam mana. Tapi aku akui, aku bukanlah sang gagah perkasa bajet kuat boleh stand alone even though the dark side of me convinced me that I could.

2. And aku tau aku dah pun diletakkan dalam kelompok 'semua lelaki sama' by the girls. Jika itu yang kalian pegang, aku tak duli selagi aku pegang pada Fynn Jamal dan itu yang aku pegang.

3. Kalian datang dan pergi, dan aku tahu corak tu tetap sama no matter what. Tiba masa untuk aku tentukan corak yang tersedia. Macam lukisan Van Gogh atau Picasso, corak tu dah cantik. Biar aku tambahkan atau koyakkan kerana itu juga seni sepeti yang Nicola Samuri buat.

4. Dan mungkin, pada waktu tu, 'semua lelaki sama' itu adalah kata-kata retorik yang tak boleh lagi diundur mesejnya.

"Kalau tak tahu jiwanya, seringnya dikeji nista dia gigih..jadi lelaki."

0 comment(s):