Asasi TESL Yang Awesome


"Follow your instincts
And choose the other path"
-MUSE

updated.
This is post is 100% about Asasi TESL UiTM okay. Kalau diploma tesl, anda telah memasuki blog yang salah, sila keluar dan tuju ke google semula. Now, to the FAQ section.

Nota tambahan : sengaja ditulis dalam BM. Jangan tanya kenapa dah sebab memang sengaja. Kau apa tau. Segala info ini ditulis atas pengetahuan sebagai Alumni TESL Lendu (sesi 2011/2012). Sekiranya berlaku perubahan oleh pihak fakulti uitm, saya tak tau apa-apa. Dah, sambung baca balik.



I. Apakah yang saya akan belajar dalam TESL yang awesome ni?
Untuk kedua-dua semester, kalian akan belajar lapan subjek. Dalam lapan subjek tu, cuma enam sahaja yang ada final paper. Selebihnya dikira berdasarkan on-going assesment.

Untuk sem satu, kalian akan belajar
1. College Reading I
2. College Writing I
3. Grammar I
4. Listening and Speaking I
5. Islamic Education Studies I
6. Malaysian Studies
7. Study Skills
8.  Computer Lietracy

Untuk sem dua, kalian akan belajar
1. College Reading II
2. College Writing II
3. Grammar II
4. Listening and Speaking II
5. Islamic Education Studies II
6. Literature
7. Basic Principles In Education
8. Language and Drama

untuk setiap list tu, 6 subjek teratas ialah subjek yang ada final paper.

II. Tadi cakap ada belajar sejarah. Mana? Mana?
Kalian akan belajar sejarah dalam Malaysian Studies dan Islamic Education Studies II. Bagi kedua-dua subjek ni, aku nasihatkan kalian jangan buang nota sejarah form 5. Dalam Malaysian Studies lah, kalian akan belajar balik paleolitik, neolitik bagai, then, pembentukan Malaysia, politik di Malaysia, kuasa raja-raja bagai. Manakala Islamic Education Studies II atau CTU II, kalian akan belajar mostly pasal sejarah pendidikan. Yeah. Semua yang pasal laporan Razak, laporan Fenn-Wu bagai tu, ada lagi. Cuma fokus dia sekarang ialah pengajian pondok.


III. Adakah TESL ni susah?
Ni soalan biasa. Baik, cuba bayangkan situasi ni di mana dalam TESL kau kena belajar semua benda dalam setahun, satu hari satu chapter, and then bila tiba waktu test, kos lain belum test lagi, diikuti dengan presentation yang pelbagai rupa masa semester II, handle projek seawal sem satu, dan kelas sampai tiap-tiap hari ada (kecuali waktu malam dan sabtu and ahad). Dengar macam havoc tahap mega kan? Lol, siapa kata TESL ni senang walaupun kos bahasa inggeris? And walaupun ada yang join TESL sebab nak lari dari Sains, doesn't mean that TESL ni lagi senang dari sains, anak-anak. Listen, it IS about language - reading, writing, grammar, listening and speaking tapi semua cabang tu, ada skill dia sendiri. And jangan terkejut, cara penulisan essay tak lagi sama dengan sekolah menengah.


IV. Habis tu, kalau susah, apa yang senang?
Oi, oi. Takda yang senang dalam hidup ni, nak. Aku rasa paling senang pun, kalian automatik dapat kolej kediaman untuk dua sem. Bagi kos diploma, belum tentu sem dua dapat kolej. Tahu-tahu kena duduk luar kampus.


V. Jadi, adakah saya tidak memiliki waktu yang boleh membuatkan saya gembira? Well, you know, 'all work and no play make Jake a dull boy'.
Heh. Ada je. Alah, sebenarnya, TESL ni seronok walaupun susah. TESL kot. English okay? English ni menyeronokkan. Ada je budak batch aku yang main game mengila-ngila. 24 jam. Main dota, Left for dead, skyrim, and agak ramai lah lelaki yang gamers. Pastu memalam buta, kalau polis bantuan (pak guard) merelakan, main badminton dengan futsal. Esok, pergi kelas dengan ceria.

Then ada je yang belajar English guna movie lah, guna Supernatural lah, guna How I Met Your Mother lah. And aku juga ada member yang belajar English guna Skyrim. So, what's your excuse?

Eh, hello, English ni, best kot. Sem dua, kitorang dapat peluang untuk temubual foreigners. Mampu kau nyah? Sem satu, handle a school project yakni handle English day kat sekolah-sekolah terpilih (kampus Lendu je kot yang buat school project ni). Nampak tak permainan dia? Doesn't mean that kalau kalian join TESL, hidup kalian akan berubah. No no no!


VI. Ada guna kalkulator tak?
Big no! Kali terakhir kau pegang kalkulator sepanjang amek TESL ni, ialah masa kau SPM haritu. Barangkali lepas habis asasi, kau akan culture shocked bila jumpa kakutlar, kaltukalor, damn it. Eja benda alah tu pun dah tak reti dah.


VII. Apa kelebihan ambil Asasi TESL?
Macam aku cakap tadi, boleh handle projek, dapat temubual and so on. Selain dari tu, kalian tak ada kokurikulum. Subjek diploma je ada ko-ku. Asasi takdak. And, kalian juga boleh improve kalian punya self-esteem untuk bercakap dalam english. Ofkos lah grammar nazi akan berlambak. Tapi, propaganda je semua tu. Lol, even Nazi pun kalah perang. Inikan grammar Nazi. Pastu ada drama. Ni paling best. Aku tak boleh nak describe keseronokan subjek ni. Kalian masuk nanti, pepandailah pilih adjective yang sesuai.

And satu lagi ialah kau dah jadi budak U. Look, antara form six, matrikulasi, IPG, Asasi dan Diploma, cuma Asasi dengan Diploma je yang dah rasa kehidupan U. So, bila kau sambung degree nanti, kau tak kan culture shock. Percayalah, walaupun Asasi ni hampir sama dengan Matrik, tapi environment dia sangat berbeza.


VIII. Ada tak risiko ambil asasi TESL ni?
Takda la risiko. Cuma, benda-benda yang tak menyeronokkan tapi actually memuaskan je la yang berlaku. For example, masa sem dua, kena buat speech. Batch aku ada dua speech - demonstration speech, and informative speech. Demo ni, kau kena buat demo lah. Contohnya demo memasak, menjahit, menyulam, etc etc etc. And of course, in English. Informative pulak, just speech yang berkaitan info lah. Macam history, arts, music, biography, etc etc. And also in English. Dia buatkan orang tension sebab nak prepare. Tapi bila dah lepas, ammboi. Lega yang amat.


IX. Apa beza Asasi TESL dengan Asasi Bahasa Inggeris UIA?
TESL ni pendidikan. Apa yang kau belajar, semua pasal English tapi related to pendidikan. Asasi BI kat UIA pulak hanya pasal English semata-mata and not related to education but more to linguistics.


X. Antara ketiga-tiga kampus UiTM yang ada TESL (Melaka, Shah Alam and Kuantan), mana paling best?
Ni aku tak sure. Masing-masing ada kelebihan masing-masing dari segi lecturer, environment, and etc etc. Mana ja yang kau dapat, bersyukurlah. And aku panggil kampus kampus ni sebagai TESL Triangle. Boleh lah hashtag #TESLTriangle dekat twitter kalau nak tau apa dia benda ni.


XI. Jadi apa yang bestnya UiTM Melaka?
Memandangkan aku TESL kat Melaka, apa yang best kat sini terlalu banyak. Lecturers pun gempak-gempak. Environment - ada tasik, ada gunung, ada tangki air, ada Bentara (terdengar sorakan budak-budak batch lepas), ada Coolblog, ada macam-macamlah. Jarak ke Bandar pun tak jauh and dekat dengan KFC and McD. Hantu? Hahahahaha.


XII. Apakah mitos yang lazim dalam TESL ni?
a. Semua budak TESL fluent English.
Salah! Bukan semua fluent. And tak salah pun kalau tak fluent. Dah lepas temuduga pun dikira cukuplah. Sepanjang kau belajar dalam TESL nanti, kau baikilah efficiency kau dalam penggunaan English.

b. Semua budak TESL speaking English in daily life.
Ini agak rare. Jaranglah budak TESL ni nak cakap English sesama diorang melainkan memang suka-suka, or dalam kelas. And aku percaya masa kalian interview dulu mesti ada sesetengah yang mengila-ngila speaking sesama diorang. Lol.

c. Budak-budak TESL ni semua budak budak sastera.
Ni mitos paling lembu sekali. Ada je budak MRSM, SBP and Teknik dalam TESL. Dah ini pilihan masing-masing, nak pulak pendidikan, who cares? Berbanggalah dengan apa yang kita pilih.

d. Disebabkan TESL ni Asasi, kitorang pandai.
Ini pun lembu. Salah sama sekali. Setiap kos ada tahap kesusahan dia sendiri.

e. TESL ni lepak.
Tak lah lepak sangat. Walaupun kat atas tu aku cakap kau ada masa nak main game bagai. Tapi tahukah kalian bahawa kalian ada MUET? Ya, ada MUET.

f. Budak TESL sombong (ini kes utama kat kampus Melaka. Tak tau lah kampus lain).
Salah. Semua orang dicop sombong kalau tak reti bertegur sebenarnya. So, untuk blame the whole course adalah sangat tak matang. Aku dulu sebilik dengan budak course lain. Aku sorang je TESL dalam bilik tu. Yang lain semua Masscom. Tapi pact kitorang sangatlah awesome.

g. Budak TESL hensem dan cantik
Mana kau dapat mitos ni?


XII. Perlukah saya berbangga dengan ambil TESL?
Perlu. Enough said. Tak kiralah kau amek dekat UiTM ke, dekat IPG ke, dekat UPSI ke, berbanggalah dengan apa yang kau pilih or dapat.


XIII. Ada apa-apa ucapan terakhir?
Terima kasih kepada peminat. Jemput dengar band The Neighbourhood k. Oh, kalau ada lagi soalan, bolehlah tanya.


XIV. (soalan tambahan) Lagenda mengatakan Asasi UiTM dapat allowance. Benarkah?
Bukan semua lagenda itu benar. Tapi lagenda yang ni, memang betul. Batch lepas, atas kertas tulis RM1500, masa taklimat program kata dapat RM1750, sekali dia bank-in, rupanya RM1900 lebih kurang. Nah. Memang kau akan excited sampai nak buat parti, tapi believe me, kalau kau tak pandai bahagi, satu bulan dah habis. Bayangkan, at least RM950 dihabiskan untuk yuran, buku teks, and yuran kolej. Pastu masuk lagi yuran bengkel MUET. Bukan senang-senang je kerajaan kasi duit tu. Pepandailah jimat.

Tapi kalau kau still juga dapat Biasiswa Keibubapaan Semalaysia, maka, takda masalah lah kalau kau nak berfoya-foya dengan duit tu. Berbelanjalah dengan waras.
*thanks to Tyka Malik for the reminder about allowance.

17 comment(s):

Asphodel Walnut said...

Nice! I bagi 5 bintang.

i dah download satu album neighbourhood k

Fatahul Nizam said...

best kan? ada satu lagi band macam the nbhd called the 1975. tapi aku tak minat.

Unknown said...

the 1975 mcm teenyboppers la bang, btw, kes mcm saya ni, saya dpt tesl, uitm shah alam, tapi waktu mendaftar tu saya tak pergi sebab saya nak ambik jpa, tapi sekarang regret sgt dan nak pulak memohon upu untuk tahun depan, bolehkah saya memohon sekali lagi tesl for uitm bagi upu bagi kemasukan tahun depan?

Fatahul Nizam said...

yeah. personally lagi suka the neighbourhood daripada 1975. they have kinda similar image but different style of music. k stahp.

oh sayang sekali sebab asasi cuma ambik fresh spm leavers je. but if you still want to apply for tesl, diploma tesl in unisza and upsi still terbuka. atau cuba apply IPG.

Khairihyon said...

cool story brah.

Anonymous said...

Hai, I'm anis. Saya pelajar lepasan A Level yang tak lepas untuk fly since saya tak fulfill requirement jpa. Kalau nak cerita mcm panjang dan menyedihkan Lol. Im interested to know more about tesl. Btw thank you for the post! bagus dan sangat membantu. Saya nak minta tolong untuk tahu lebih since, saya mcm boleh kata nak lari dari sains and nak ambil tesl. Tapi gerak hati saya mcm nak buat perubahan yg dari sains ke bahasa sebab maybe i can be better? I need your help. Please.
Send me an email then I'll give you my contact number personally. I hope you can help me to get out of this pain. Thank you.
shafiqahgaga@yahoo.com

Anonymous said...

Tesl punya literature ni ada tak kena baca apa yang kita pernah baca masa secondary school?

Anonymous said...

Pernah terdengar yang CELTA ni mcm certificate dr Cambridge betul ke? CELTA tu apa?

Fatahul Nizam said...

mengenai literature, nope. kita takkan guna text yang sama dari secondary school. kalau ada pun, mungkin rediscovery atau retouch balik. but as a syllabus, usually tak.

mengenai CELTA pulak, menurut member (yang jugak tak biasa dengan term ni) probably test english yang memang direka oleh Cambridge untuk students yang nak apply situ. You can try.

Unknown said...

Thankyou for everything . cuma nak tanya, asasi tesl ni ada second intake tak ? sbb sekarang ni kampus asasi tesl hanya ada di dengkil saja.

Anonymous said...

A very nicee info, nak tanye ape syarat kelayakan nak masuk asasi tesl ni. Thanks.

Anonymous said...

Kalau amik tesl mmg kene cg ke?

Anonymous said...

*kne jadi

Anonymous said...

Klau saya nk pergi ke bidang linguistic, adakah sy perlu ambik TESL atau Bahasa Inggeris?

Izti said...

Ap beza pulak klau amik asasi bahasa inggeris kat kuis?dr segi hala tuju lpas asasi pstu boleh tak nk smbung degree kat U atau mana" lpas amik asasi kat kuis?

Unknown said...

Klau Kat kuis. Bila ambik tkk utk asasi , wajib sambung degree di kuis jugak. Klau nk sambung u lain ..kena bayar balik . Itu he

Unknown said...

*je