Inamorata

1. Sebanyak mana kita berpuisi tentang dia, dia tak pernah tahu bahawa hakikatnya, jika seorang penulis mencintai dia, dia takkan mati. Tapi dia nak juga mati dan tak pernah (untuk cuba) tahu apa itu tulisan, jauh sekali nilai puisi. Maka di hujung Julai dan penamat Ramadan, separuh aku memutuskan untuk ada di tempat lain berpura-pura jatuh cinta. Separuh lagi biarkan terperangkap dalam ruang kosmos realiti yang gila dan munafik. Separuh-separuh ini, buatkan aku sedar, aku takda nilai. Sama seperti puisi, takda nilai. Malah Oscar Wilde sendiri berkata, "all art is quite useless". Ia bernilai kerana kita secara paksa atau rela memberikannya nilai. Dan untuk bercakap tentang kedudukan aku di mata orang lain, 'useless' tetap tepat dan ia berdiri sebaris dengan 'burdensome' dan 'nadir'.

2. Bila kita kata kita sukakan dia, kita tulis puisi dan bercerita pada bulan dan bintang yang namanya akan tertulis di atas jasad mereka. Semua orang berlumba-lumba untuk memberi tatu paramour mereka di dada bulan. Tapi bulan tetap juga akan mati. Itu baru bulan, belum lagi Sirius, Alphard dan yang lain-lain. Jadi nama dia kita abadi dalam tadahan tangan. Cukuplah ia abadi di situ biarpun untuk sementara. Sekurang-kurangnya namanya selamat di situ, dan bukannya di bulan.



3. Dan halnya tentang aku yang takda nilai, aku kira memadailah untuk aku 'nilai'kan orang lain sebelum aku. Aku penat dan letih untuk diri aku sendiri. Puisi akan mati, aku akan mati. Sebanyak mana tulisan yang aku pahat, tetap akan mati. Dan kepada Paramour aku, nama anda dah pun ada di Sana. Terpulanglah kepada Dia untuk urusan selanjutnya. Aku tak kisah pun kalau aku tiada nilai. Lebih selesa dengan cara ini. Yang penting, apa pun yang terjadi, luar dan dalam, zahir dan batin, perasaan ini pejal dan dengan kebenaran Dia, ia tetap di situ. Selamat hari raya.

0 comment(s):