Suicida

"In the end I didn't die
In the end I didn't die."
- Blonde Redhead

1. Secara fundamental, kita tahu bunuh diri itu ialah larangan. Dan dah jadi rukun dalam budaya pasca-internet untuk sesetengah kita secara major menentang sehabis maut mereka yang melanggar larangan. Begitulah kes-kes melanggar larangan yang lain termasuklah tak tutup aurat, makan coklat ada DNA sus domesticus dari keluarga Suidae, dan segala apa semua yang dilihat 'haram'.

2. The thing mengenai suicide ialah trigger. Ia bukan mengenai ketakutan atau give up dengan hidup, tapi keberanian untuk defuse diri sendiri sebelum masanya. Itu yang kita tak tahu. Untuk tarik picu sementara laras pistol ada dicelah bibir, ia takkan tertarik kalau tak ada punca. Juga takkan tertarik, kalau ada orang yang hentikan sebelum terlambat.

3. Ada beberapa suicidal acts yang kita (yang tinggal di Malaysia dan cuma ingat suicide itu terjun bangunan) selalu terlepas pandang. Kita tak pernah peduli kan orang yang kononnya parut pada lengan ialah kesan cakar kucing, atau kononnya terkena iron, and barangkali kononnya letih bila drive and hampir terbabas.



4. Memanglah kita diajar yang suicide itu salah. Dan barangkali antara kita memang dilahirkan untuk membenci orang yang bunuh diri atas tiket dia berdosa dan segalanya. Tapi no matter how, nyawa tu berharga as in setiap individu sangat sangat berharga. Tapi pulaunya dia dari orang ramai, ditambah tekanan yang memaksa and lagi sadis bila tak ada siapa nak dengar dan bantu (kerana dia takkan cari Tuhan bila mental dia tak rasional. Sebab tu kita kena datang dan pimpin dia balik ke teras iman dia), buatkan dia sedar dia takda nilai.

5. And kita diajar untuk mendengar. The first thing yang kita buat sebelum bercakap lepas lahir ialah mendengar. So, please, kalau ada di antara kawan kalian yang ada masalah, tolong dengar masalah dia. Kadangkala, kita tak diminta untuk selesaikan masalah dia. Yang dia harap cuma pendengar. Itu saja yang dia perlu. Dia tak minta untuk lakukan benda tu sebenarnya. It's just that dia mula romanticizing benda yang menyakitkan sebab kadangkala, that's the best escape. Jadi dengarlah cerita dia.

In case you need someone to talk to:03- 7956 8144 (Befrienders)Or you can email me: fthlnzm@yahoo.com

2 comment(s):

Asphodel Walnut said...

Dah jadi duta befrienders sekarang.

Kadang kadang yang depress tuh lah yang selalu menjadi pendengar yang paling setia.

Fatahul Nizam said...

ahaha. mana ada jadi duta.

yap. only those yang truly suffer je probably tau the shades of pain.